Jawatankuasa Penasihat Sekolah/Jawatankuasa Pentadbir Sekolah (SAC/SMC)

Para anggota SAC/SMC:

• Berkhidmat sebagai penasihat dan sukarelawan untuk menyokong program- program, majlis-majlis dan kegiatan-kegiatan sekolah;

• Menawarkan tajaan dan membantu sekolah memungut derma untuk kegiatan- kegiatan pembangunan, infrastruktur dan pengayaan untuk faedah pelajar dan kakitangan sekolah;

• Menyediakan dan menggalakkan rangkaian perhubungan di antara sekolah di satu pihak; dengan masyarakat, industri dan ibu bapa di pihak yang lain untuk faedah bersama dan pendidikan berkualiti;

• Bertindak sebagai warganegara contoh yang aktif kepada para pelajar;

• Memberikan sokongan moral dan galakan kepada Pengetua dan kakitangan sekolah.